memoriku
Hidup ni terasa boring kalau kita tak ada apa-apa untuk dikenang. Agar kenangan itu tidak hilang maka aku wujudkan blog no. sebenarnya aku tak pandai nak berblogger. Anak aku yang tolong creatkan. Aku harap kekawan pun boleh join dengan aku punya memori. Jom kita terjah.....
Monday, 24 December 2012
TAHNIAH ! BERJAYA AKHIRNYA.
Emak dan abah serta semua ahli keluarga mengucapkan tahniah kepada kakak kerana berjaya merealisasikan impian kakak untuk score keputusan yang cemerlang dalam PMR. Semoga kakak akan mengulangi kejayaan yang sama dalam SPM. Didoakan agar segala impian dan cita-cita kakak akan tercapai. Amin.....
DAH KENA POTONG........
Tanggal 2 Disember 2012, anak bongsuku selamat disunatkan. Ni .. nak promot kat kekawan yang anak-anak mereka yang belum bersunat. Pi potong kat PMC, RM 150 aje. Servis ok. Cepat lega. Anak aku dah boleh berenang pada hari keempat disunatkan. Kenduri sunat kat kampung. Meriah sangat. Boleh jumpa jiran dan sanak saudara yang lama dah tak jumpa.
Thursday, 23 August 2012
Menanti Kepulangan ......
Di Bibirnya menguntum seribu keceriaan. Tetapi dalam hatinya , tiada siapa yang tahu tentang kerinduan pada insan tersayang yang tiada di dunia ini. Pun jua kerinduan yang sarat pada anak dan cucu tercinta hadir di hari bahagia di Hari Raya Aidilfitri. Pulanglah ke pangkuan ayahanda bagi mengubat kerinduaannya. Bukan wang yang dipinta cuma sekelumit kasih dan sayang sahaja.Tok Lang.... sabarlah. Semoga Allah membuka pintu hati anakmu untuk kembali menjengokmu.

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menanti anakmu kembali
Subscribe to:
Posts (Atom)