Saturday, 17 December 2011

SAHABAT LAMA

Sudah 24 tahun kami tak jumpa. Habis SPM , semua membawa haluan sendiri. Pertemuan ini berlaku sempena majlis perkahwinan anak  sahabat kami. Dia tak ada dalam gambar sebab hari kenduri tu, dia jatuh sakit. Hanya dapat berbaring sahaja. Nak buka mata pun tak boleh. Kasihan.....
Halaman depan rumah. Tengah dok pikiaq nak buat lanskap macam mana.

IMPIAN JADI KENYATAAN

Inilah rumah bangloku . Walaupun tak besaq mana tapi aku puas hati kerana berjaya memiliki rumah kedua kami sekeluarga. Tak tau bila lagi nak pindah. Mungkin selepas anak-anakku habis exam PMR kot. Insyaallah..... Tapi sebelum duduk, kalau ada pitis, aku nak renovate dulu. Aku buat semua ni adalah semata-mata untuk menggembirakan hati kami sekeluarga terutama anak-anak aku yang dah berangan nak memiliki bilik sendiri. Angan-angan depa mengalahkan jutawan. La ni aku tengah dok jengok-jengok dalam laman web tentang reka bentuk ubah suai rumah. Aku tak pandai bab nak buat paten rumah. Tengok rumah, semua rasa berkenan. Apa pun pitis kena tebal baru syok nak reno rumah tu.

Thursday, 15 December 2011

MASJID TERAPUNG KUALA PERLIS


Dah sembahyang ka belum? Bukan apa. Pasai dok posing kat masjid. Ini anak teruna aku sedang posing kat masjid terapung kat Kuala Perlis.Walaupun aku bukan orang perlis tapi aku bangga kerana masjid ini  dapat menjadi daya tarikan pelancong ke negeri Perlis. Satu lagi, masjid ni dekat dengan jeti ke Langkawi. Sementara tunggu feri, bolehlah beribadat dan berekreasi di sini. Taklah boring sangat. Minggu depan kami sekeluarga akan bercuti ke Langkawi. Happy holiday. Langkawi....kita akan jumpa lagi.

KEMBAR SEIRAS


Kalau bab posing memang tak boleh lawan. Ini sepupuku yang kembar seiras. Kakaknya bernama Anis Sofia dan adiknya bernama Anis Zafira. Aku tak cam yang mana satu kakak dan yang mana satu adik. Kalau nak tahu yang mana kakak, aku akan panggil namanya. Kalau yang menyahut ,itulah yang kakak. Senangkan cara nak kenal mereka. Kah....Kah....

SEIRING DAN SEJALAN

 Adik aku ( baju pink ) and geng sedang mencari lokasi yang sesuai untuk menghilangkan stress selepas dua hari bertungkus lumus menjayakan majlis kenduri arwah dan buat bubuq sora. Semoga berbahagia....

Cuti sekolah, dapat kumpul ramai-ramai dan makan bersama-bersama. Walaupun lauknya simple tapi menyelerakan. 
Kalau nak tau, inilah orang kuat yang buat bubug sora tu. Ini adalah tok menakan ( nenek saudara ) aku yang setia dan sukarela  menghulurkan bantuan sekiranya ada kenduri kendara kat kampung. Yang bertudung coklat tu Tok Su Timah dan yang bertudung putih tu, Tok Su Che Wa. Kedua-duanya tergolong dalam golongan IT ( ibu tunggal da..... ). Cayang Tok Su berdua.....
Ah.............. dah siap pun bubur asyura ni. Tak sabar nak makan. Bab yang paling aku suka ialah cari dan korek pisang dalam bubur ni. Bila ada pisang, baru ada ummpp.... Bubur ni diisi dalam tapawe dan diedar ke rumah jiran-jiran dan masjid. Orang memberi kita merasa. Tak sedap jangan mengata. Kurang pahala.

BUBUR ASYURA

Kacau jangan tak kacau. Jiran-jiranku tengah bersemangat mengacau bubur asyura. Bahan-bahannya disponsor oleh mak saudara dan mak aku. Kalau nak sedap bubur ni, kita boleh bubuh jagung, durian, pisang, kacang ( kacang apa pun tak pa , jangan kacang hantu sudah...)), labu dan ubi.

BAKAT TERPENDAM

Ina anak dara aku sedang tunjuk bakatnya mengupas buah kelapa. Sapa kata orang pompuan tak boleh buat kerja orang lelaki. Aku selalu ingatkan anak dara aku. Kalau belajar tinggi-tinggi pun, kerja dapur pun kena standard tinggi. Buat masa ni anak dara aku dah pandai masak nasi dan kukuq nyok. Sapa nak buat calon menantu boleh isi borang dari sekarang..... Jangan marah anakku busuk... he..he...he..

KENDURI ARWAH BAPA TERCINTA

Hari ini genaplah 12 hari bapaku kembali ke rahmatullah. Kami sekeluara bergotong-royong memasak Nasi Minyak dan Daging Masak Berlada untuk dihantar ke masjid. Pada mulanya kami nak buat kenduri di rumah dan menjemput jiran dan sanak saudara menjamu selera di rumah. Oleh sebab kekangan masa, maka majlis ditunda pada tahun hadapan. Yang tengah memasak tu ialah emak aku. Yang muka masam mencuka dok atas kerusi tu, anak bongsuku. Baru lepas kena jentik telinga ngan aku....

Tuesday, 6 December 2011

Mengubat Kedukaan

Ini gambar aku bersama ibu dan anak-anak tercinta. Sebenarnya ibuku tak mampu tersenyum kerana baru kehilangan suami yang tercinta pada 20 November 2011.

Anakku yang manja.....

 Ini anak lelaki aku yang bongsu. Namanya Umair Thaqif. Umur 10 tahun. Minta maaf ye... Gigi palsu belum siap. Dah tua , gigi baru nak luruh. Walau macam mana pun tapi anak mak masih hemsem
 Ni dok kat tepi pantai Sg Baru, Perlis. Nak turun mandi, tapi ayaq pasang. Frust nak mati dibuatnya. Tak pa, minggu depan kita pi Langkawi, mandi puas-puas. Sabaq cek no....
Mencari kedamaian di hati. Sahahirah !!! Aku ingat padamu.....Budak-budak sekarang dah maju ke depan.... Aku nasihatkan supaya anakku belajar rajin-rajin nanti sapa pun suka. Betoi ka ?