Monday, 24 December 2012

TAHNIAH ! BERJAYA AKHIRNYA.


Emak dan abah serta semua ahli keluarga mengucapkan tahniah kepada kakak kerana berjaya merealisasikan impian kakak untuk score keputusan yang cemerlang dalam PMR. Semoga kakak akan mengulangi kejayaan yang sama dalam SPM.  Didoakan agar segala impian dan cita-cita kakak akan tercapai. Amin.....


DAH KENA POTONG........

Tanggal 2 Disember 2012, anak bongsuku selamat disunatkan. Ni .. nak promot kat kekawan yang anak-anak mereka yang belum bersunat. Pi potong kat PMC, RM 150 aje. Servis ok. Cepat lega. Anak aku dah boleh berenang pada hari keempat disunatkan. Kenduri sunat kat kampung. Meriah sangat. Boleh jumpa jiran dan sanak saudara yang lama dah tak jumpa.

Thursday, 23 August 2012

TOK SU MAT ODI - DATUK SAUDARA SEBELAH IBU

Semoga sihat dan dipanjangkan umur. Badan agak susut selepas jalani pembedahan. Jaga makan dan berpantang selalu.
Menanti Kepulangan ......
        Di Bibirnya menguntum seribu keceriaan. Tetapi dalam hatinya , tiada siapa yang tahu tentang  kerinduan pada insan tersayang yang tiada di dunia ini. Pun jua kerinduan yang sarat pada anak dan cucu  tercinta hadir di hari bahagia di Hari Raya Aidilfitri. Pulanglah ke pangkuan ayahanda bagi mengubat kerinduaannya. Bukan wang yang dipinta cuma sekelumit  kasih dan sayang sahaja.Tok Lang.... sabarlah. Semoga Allah membuka pintu hati anakmu untuk kembali menjengokmu.


Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menanti anakmu kembali




Handsome Boy


SAT LAGI KAMI NAK BALIK KAMPUNG...................

UCAPAN :
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA KAUM KELUARGA, SANAK SAUDARA, TEMAN DAN TAULAN. SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Thursday, 2 February 2012

PENTERNAK ARNAB MUDA

 Arnab ni memang jinak. Anak-anak-anak aku kalau dah masuk kawasan arnab, memang payah nak ajak keluar. Tempat ni boleh relaks dan hilangkan tekanan .

Wednesday, 25 January 2012

HANTU AYAQ

  Inilah saat yang paling membahagiakan anak-anakku. Tak boleh tengok ayaq. Kalau tak  pelawa naik' tobat tak naik punya. Bab makan air laut tak kisah. Ini kali ketiga berturut-turut turun gi Langkawi. Anak aku kata, tak pi Hawaii tak pa. Langkawi pon best in the world. Ni cakap orang tak berapa ada doit. Janji bahagia.......

KENANGAN BERSAMAMU


Berdua di tepi pantai Cenang. Saja bawak anak-anak bercuti ke pulau impian mereka.

TAHNIAH KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PMR


Semua keluarga berasa bangga atas kejayaan abang dalam PMR 2011. Tahniah. semoga kejayaan itu akan menjadi pemangkin kepada adik-adik abang untuk berusaha dengan gigih dalam pelajaran mereka. Ini adalah langkah pertama. Abang mesti ingat SPM sedang menanti abang. Tersilap langkah, abang akan kecundang. Kami semua berdoa agar abang dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan mencapai cita-cita yang abang idamkan. Amin.